Skip to main content
 Halaman Utama   Mengenai EPSA   Maklumat Kursus   Rujukan   Meja Informasi 
English |

Pengguna Berdaftar :
ID Pengguna:
Kata Laluan:
 
Pendaftaran
Pengguna Baru

Untitled Document
 
 Mesej KPPA
 Mesej Pengarah INTAN
 Soalan Lazim
Contact Us

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
03-2084 7777 samb. 7746
03-2084 7700
epsaadmin@intanbk.intan.my
Kaunter Pengunjung:  
(sejak 26 Jun 2009)


 

 

Bismillahirrahmanirahim,
Assalam-mu-alaikum warahmatullahi wabarakatuh
.  

Pelancaran E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) menandakan satu mercu era baru dalam latihan untuk sektor awam. Ia sebagai pelengkap kepada mekanisma latihan yang sedia ada, menambah keberkesanan dan meramaikan anggota perkhidmatan awam menyertai latihan yang ditawarkan di samping memberi pilihan yang lebih fleksibel kepada mereka untuk memilih bila dan di mana tempat pembelajaran.

INTAN berasa bangga kerana telah diberi penghormatan untuk menerajui pembangunan sistem EPSA yang bukan sahaja menyediakan kursus dalaman INTAN, malahan juga menyediakan kemudahan kepada institut latihan sektor awam yang lain untuk menyediakan kursus secara online. Platform yang disediakan oleh EPSA akan memberi kemudahan umum yang boleh diguna bersama bagi memperbaiki program latihan dan sekaligus memberi peluang perkongsian perkhidmatan dalam sektor awam.

Saya mengalu-alukan semua penjawat awam untuk mengetahui dan menggunakan EPSA untuk menjadikannya satu mekanisma latihan yang terulung. Harapan saya EPSA dapat memberi perkhidmatan untuk mengukuhkan progam pembangunan modal insan dan seterusnya dapat memperbaiki penyampaian perkhidmatan awam.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu INTAN membangunkan EPSA.

EPSA - Learning …Anytime …Anywhere


DR AMINUDDIN HASSIM
Pengarah
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia