Untuk mendaftar pada sistem EPSA, pengguna perlu mengklik butang "Pendaftaran Pengguna Baru". Pengguna dikehendaki mengisi maklumat yang diperlukan dan medan data yang bertanda (*) perlu diisikan. Setelah itu, pengguna akan menerima emel yang mengatakan pendaftaran adalah berjaya. Pengguna boleh menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang diberikan di dalam emel tersebut untuk mengakses sistem EPSA.
Pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA dikehendaki menggunakan Emel Rasmi Jabatan. Sekiranya, pengguna tidak mempunyai Emel Rasmi Jabatan, maka surat sokongan yang menyatakan pengguna adalah merupakan pegawai atau kakitangan kerajaan perlu dihantar kepada Program E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) untuk pengesahan.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan?
Sekiranya pengguna terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan, maka pengguna perlu menekan butang "Bantuan" dan memasukkan ID Pengguna, No. Kad Pengenalan dan Emel Rasmi Jabatan di dalam borang "Lupa Kata Laluan". ID Pengguna dan Kata Laluan yang baru akan dihantar kepada pengguna menerusi emel. Jika pengguna tidak memperolehi emel tersebut, maka pengguna boleh menghubungi Unit Teknikal EPSA di talian 03-20847777 samb. 7746.