| |
Untitled Document
 |
| |
| Menggunakan EPSA |
| 1. |
Portal EPSA adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mempromosikan penggunaan ICT bagi pembelajaran sepanjang hayat di kalangan anggota sektor awam. Semua anggota sektor awam layak menjadi ahli EPSA. |
|
| 2. |
Proses pendaftaran melalui portal adalah mudah, percuma dan tertakluk kepada polisi privasi. Pastikan anda menggunakan alamat e-mail yang sah. Setelah anda menghantar pendaftaran, satu e-mail akan dihantar kepada anda bagi mengesahkan bahawa permohonan anda telah diterima dan sedang diproses. |
|
| 3. |
Dalam tempoh 1 hari bekerja, Pentadbir Sistem akan memberi maklumbalas kepada anda melalui e-mel yang mengandungi ID Pengguna dan Katalaluan untuk anda log masuk ke portal EPSA. |
|
| |
|
| Apa yang disediakan oleh EPSA? |
EPSA menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran untuk pelajar, tenaga pengajar dan pentadbir kursus, menerusi fungsi yang bersepadu iaitu bersifat antara muka dan mesra pengguna. EPSA akan menambah baik aktiviti mengajar dan belajar melalui ciri yang terintegrasi seperti:
- Kalendar
- Kemudahan perbincangan dan kolaborasi
- Ruang storan dan penggunaan sumber pembelajaran berasaskan web
- Pengumpulan dan pengurusan kursus berdasarkan kepada kurikulum.
- Tugasan dan penilaian
- Pemantauan aktiviti pembelajaran
|
| |
|
|
|