| |

|
|
|
Bismillahirrahmanirahim,
Assalam-mu-alaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Negara kita memerlukan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi untuk meningkatkan daya saing negara dan seterusnya mencapai kemakmuran rakyat jelata. Perkhidmatan awam ini perlu dibarisi dan dianggotai oleh pegawai dan kakitangan yang benar-benar berkebolehan, professional dan berwibawa. Saya yakin dengan wujudnya Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA), anggota-anggota perkhidmatan awam akan mempunyai lebih peluang untuk memajukan diri sendiri dan menimba ilmu secara berterusan tanpa sempadan, Learning Anytime Anywhere.
Syabas dan tahniah kepada INTAN kerana telah dapat merealisasikan sistem E-Pembelajaran Sektor Awam ini. Projek E-Pembelajaran Sektor Awam adalah salah satu projek yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bagi meningkatkan pembangunan sumber manusia sektor awam. Semoga dengan pelancaran EPSA ini akan menjadi titik tolak kepada kewujudan anggota perkhidmatan awam yang dinamik dan berprestasi tinggi. Harapan saya adalah agar semua penjawat awam menggunapakai sistem EPSA ini sepenuhnya bagi meningkatkan kompetensi masing-masing ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
DATO' SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia
| |
|
|